Tuesday, December 28, 2010 0 comments

Kami, Android dan Anda


Assalamualaikum dan salam Androidian!!

Kami adalah peminat dunia Open Source!
Kami anak Malaysia yang meminati dunia Android dan pergajetannya!
Kami tidak malu katakan kami adalah newbie a.k.a amatur!
Anda bersama kami, kita berkongsi pengalaman, idea dan segalanya berkenaan dunia android yang sementara ini!!
Ketahuilah, kesan 'ketagihan' ini mungkin juga akan melibatkan anda jika tidak dibendung!!



Tahukah anda? Akhir-akhir ini, platform android mendapat sambutan luar biasa seantero dunia, ia teleh memperlihatkan kemajuan dalam fungsi SDK (Software Development Kit), kepelbagaian hanset dan isi kandungannya serta penglibatan developer. Android ini bukanlah seperti watak Dragon Ball Z; Android 17 & 18 yang dibangunkan oleh Red Ribbon Army, tetapi ianya adalah suatu platform sebagaimana juga iphone menggunakan iOS, blackberry-RIM, nokia-ovi dll atau lebih mudah kita kata, macam PC-kita ada Windows XP, Vista, 7, Ubuntu dan distronya dll. Masih tidak faham? Silalah tanya Cik Google atau Uncle Bing.

Android ini Tuan/Puan, bukan sekodar dihadkan untuk handphone sahaja, malah, pelbagai gajet lain seperti netbook, tablet internet (e.g Samsung Galaxy Tab), ebook reader, bingkai gambar dan pelbagai alat elektronik lain turut sama menggunakannya. Kenapa? Low cost, high profit salah satu jawapannya.


Kini, android boleh dikatakan telah masuk gear 3 dalam perlumbaan dengan platform lain terutamanya iOS yang lebih lama memasuki pasaran. Namun, untuk berdebat tentang platform mana yang lebih baik adalah terlalu awal kerana ianya subjektif dan bersifat 'option' bahkan membuangkan masa bagi membincangkan siapa raja di hutan digital ini. Buktinya? Mungkin ada dalam poket anda sekarang, adakah sama telefon anda dengan telefon kawan2 anda?? Jika ya, mungkin anda meminati telepon yang sama, atau telefon itu seperti walkie-talkie yg membolehkan anda berdua berkomunikasi atara satu dengan lain. Jawapannya tentulah tidak!
Bahkan ada tempat ada line CDMA, ada GSM, hanset pula pelbagai bentuk dan warna dengan fitur-fitur yang berbeza. Ada yang fanatik warna putih, ada yang suka slide, ada pula yang suka nipis dan ringan. Nah! Kan tak sama! "Darah sama merah, hati lain-lain!"

Tapi bagi menghormati sifat manusia yang mahu terbaik dan sukar membanding-banding untuk cost-saving dan keselasaan, kami akan tunjuk pilihan ini.

"Platform ini murah dan senang dibangunkan" kata seorang orang puteh ni dalam bukunya Bagaimana Membangun Aplikasi Android dalam 24 Jam dan tanbahnya lagi platform ini mempunyai lebih banyaaaaaaaak potensi untuk diperhebatkan!! (Penulis: Termasuklah pembangunan di rantau Asia dan Malaysia)

Sejarah tidaklah membosankan, Android dibangunkan mula-mulanya oleh syarikat-syarikat hanset, wifi dan software untuk membangunkan platform wifi dengan kewujudan Open Alliance Handset. Tujuan platfrm ini adalah untuk mengurangkan kos pembangunan dan memudahkan akses fitur handset bagi membangunkan inovasi. Maka, bincang punya bincang, lahirlah platform Android ini. Kalau nak tahu lebih lanjut mungkin boleh rujuk minit meeting mereka.

Yang pastinya, Google banyak memberi sumbangan dalam pembangunan ini (Kalau orang Islam, mesti banyak pahala ni). Anda boleh rujuk web pembangunan ini di web mereka http://developer.android.com. Sekarang Gingerbread 2.3 atau RotiHalia, sebelum ini 2.2 Froyo/ FrozenYoghurt/ YoghurtBeku sebelum tu lagi 2.1 Eclair dan sebelumnya...


Inilah maskotnya! Robot Hijau Kecik/Kenit


"The Android Developer Challenge!!
Google has hosted several contests, called Developer Challenges, to encourage developers to write Android applications. The first two rounds saw $10 million in prize money awarded!"

Banyak tak banyaklah, boleh buat shopping sikit dan sekolah pembangunan Android. Mahu belajar nak buat program Android? Nanti kita bincangkan sebab Malaysia ini terkenal dengan mentaliti barang percuma; negara kita masih kurang memberi galakan kepada developer, so yang nak baca teruskan membaca, yang nak develop, jom kita develop!! Salam energetik!!

No Response to "Kami, Android dan Anda"

Post a Comment