Friday, July 15, 2011 Tags: , 0 comments

Aplikasi: Xtralogic RemoteDesktop


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda, penggunaan peranti android anda boleh dioptimumkan sebagai tetikus dan papan kunci untuk mengawal komputer peribadi anda. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan sebuah aplikasi yang bernama Xtralogic Remote Desktop Client for Android!

Paparan secara langsung menerusi wifi dengan menggunakan teknologi Microsoft Remote Desktop Protocol (RDP), anda boleh mengakses fail, email dan aplikasi anda di paparan skrin android di mana jua anda berada selagi mana anda mempunyai talian internet.

Berharga RM73.51 atau anda memilih tempoh percubaan 7 hari, ianya adalah suatu aplikasi yang menjadikan peranti anda mempunyai nilai tambah dalam aspek penggunaan. Tatkala sambungan berlaku, selalunya PC anda akan berada dalam keadaan "log off" berbanding aplikasi Teamviewer.

Selamat mencuba! OPAA!