Friday, November 4, 2011 Tags: , , 0 comments

10 Aplikasi Utiliti Android Terbaik (2)




2. TeamViewer

TeamViewer merupakan utiliti percuma bagi mengawal PC anda melalui gajet android anda. Aplikasi ini menawarkan penggunanya untuk mengawal PC melalui internet data atau wifi. Sebagaimana fungsi remote desktop, anda tidak perlu menjadi ‘networking geek guy’ untuk mengguna utility ini. Anda cuma perlu memasang aplikasi dan software hos TeamViewer ke gajet dan PC anda masing-masing.

Kemudian, dengan merujuk ID dan kata laluan daripada Hos PC yang ingin dikawal ke dalam tetapan gajet, anda boleh memulakan kawalan anda pada bila-bila masa. Kemudahan papan kekunci, tetikus, copy, paste, shift disediakan bagi memudahkan pengguna terutama di pejabat yang mengamalkan konsep ‘printer-pool’.

Paparan Skrin yang saling terpapar pada gajet dan PC

Kelebihan
Percuma, ringkas dan mudah. Utiliti ini membenarkan skrin terpapar ke dua-dua skrin gajet dan PC anda berbanding fungsi yang ditawarkan ‘Remote Dekstop’ yang lain yang meletakkan PC dalam keadaan ‘Log Off’.

Kelemahan
Kata laluan ID yang bertukar-tukar, tapi boleh diatasi dengan meletakkan tetapan pada option Hos PC. Tiada fungsi sambungan melalui Bluetooth.

Wednesday, November 2, 2011 Tags: , , , 0 comments

10 Aplikasi Utiliti Android Terbaik



1. Dropbox



Dropbox membolehkan penggunanya untuk menyelaras (sync) fail antara multisistem, mengakses fail secara remote melalui pelayar web, dan berkongsi fail secara umum. Dropbox mengenengahkan simpanan fail atas talian (cloud) kepada penggunanya dan akaun permulaan adalah sebanyak 2GB. Simpanan ini boleh diakses dengan mudah melalui pemasangan program pada Windows, Mac OS, Linux, app bagi peranti iPhone, iPad, Blackberry.

Anda hanya perlu mendaftar satu akaun Dropbox melalui online atau software yang boleh dimuat turun di laman www.dropbox.com atau Market Apps Kemudian anda cuma perlu memuat naik fail yang anda ingin anda simpan dan ianya akan disimpan pada folder yang anda kehendaki dan ianya secara automatik akan mengsinkronasi pada PC atau gajet anda. Senang bukan?

Bagi android, cuma nama fail yang akan terpapar dan sekianya anda perlukan sesuatu fail, anda perlulah memuat turunnya terlebih dahulu. Berbeza dengan PC, ianya selalu bertetapan automatik sync.

Kelebihan

Pengguna boleh menghantar foto secara automatik ke akaun Dropbox online anda. Anda juga boleh memadam, menambah, mengubah fail dari mana jua aksesan anda.

Salah satu langkah untuk memuat naik fail

Kelemahan
Akaun percuma hanya terhad kepada 2GB storan sahaja. 

Anda semestinya memerlukan pakej data atau wifi untuk akses internet!

P/S: Sekiranya anda mahu membantu saya, silalah klik disini untuk sedeqah 500MB kepada saya. :-)