1. Dropbox
Dropbox membolehkan penggunanya untuk menyelaras (sync) fail antara multisistem, mengakses fail secara remote melalui pelayar web, dan berkongsi fail secara umum. Dropbox mengenengahkan simpanan fail atas talian (cloud) kepada penggunanya dan akaun permulaan adalah sebanyak 2GB. Simpanan ini boleh diakses dengan mudah melalui pemasangan program pada Windows, Mac OS, Linux, app bagi peranti iPhone, iPad, Blackberry.
Anda hanya perlu mendaftar satu akaun Dropbox melalui online atau software yang boleh dimuat turun di laman www.dropbox.com atau Market Apps Kemudian anda cuma perlu memuat naik fail yang anda ingin anda simpan dan ianya akan disimpan pada folder yang anda kehendaki dan ianya secara automatik akan mengsinkronasi pada PC atau gajet anda. Senang bukan?
Bagi android, cuma nama fail yang akan terpapar dan sekianya anda perlukan sesuatu fail, anda perlulah memuat turunnya terlebih dahulu. Berbeza dengan PC, ianya selalu bertetapan automatik sync.
Kelebihan
Pengguna boleh menghantar foto secara automatik ke akaun Dropbox online anda. Anda juga boleh memadam, menambah, mengubah fail dari mana jua aksesan anda.
![]() |
Salah satu langkah untuk memuat naik fail |
Kelemahan
Akaun percuma hanya terhad kepada 2GB storan sahaja.
Anda semestinya memerlukan pakej data atau wifi untuk akses internet!
P/S: Sekiranya anda mahu membantu saya, silalah klik disini untuk sedeqah 500MB kepada saya. :-)
No Response to "10 Aplikasi Utiliti Android Terbaik"
Post a Comment