2. TeamViewer
TeamViewer merupakan utiliti percuma bagi
mengawal PC anda melalui gajet android anda. Aplikasi ini menawarkan penggunanya
untuk mengawal PC melalui internet data atau wifi. Sebagaimana fungsi remote
desktop, anda tidak perlu menjadi ‘networking geek guy’ untuk mengguna utility ini.
Anda cuma perlu memasang aplikasi dan software hos TeamViewer ke gajet dan PC
anda masing-masing.
Kemudian, dengan merujuk ID dan kata laluan
daripada Hos PC yang ingin dikawal ke dalam tetapan gajet, anda boleh memulakan
kawalan anda pada bila-bila masa. Kemudahan papan kekunci, tetikus, copy,
paste, shift disediakan bagi memudahkan pengguna terutama di pejabat yang
mengamalkan konsep ‘printer-pool’.
![]() |
Paparan Skrin yang saling terpapar pada gajet dan PC |
Kelebihan
Percuma, ringkas dan mudah. Utiliti ini
membenarkan skrin terpapar ke dua-dua skrin gajet dan PC anda berbanding fungsi
yang ditawarkan ‘Remote Dekstop’ yang lain yang meletakkan PC dalam keadaan ‘Log
Off’.
Kelemahan
Kata laluan ID yang bertukar-tukar, tapi boleh
diatasi dengan meletakkan tetapan pada option Hos PC. Tiada fungsi sambungan
melalui Bluetooth.
No Response to "10 Aplikasi Utiliti Android Terbaik (2)"
Post a Comment