Thursday, October 27, 2011 Tags: , 0 comments

Android 4.0 ICS, apa yang anda perlu tahu.





Android 4.0 bernama Ice Cream Sandwiches secara rasminya telah dilancarkan pada 19 Oktober yang lalu. Ini telah merancakkan lagi pertembungan dan persaingan OS dikalangan pengeluar-pengeluar gergasi seperti Google, Apple, RIM, dan lain-lain.


Justeru, apa yang anda perlu tahu berkenaan mobil OS terbaru keluaran Google yang menggabungkan paparan terbaik telefon 2.x dengan paparan Tablet Android 3.x Honeycomb ini?



Ciri-ciri Android 4.0 Ice Cream Sandwich

Android ICS menawarkan penambahbaikan dan inovasi. OS ini dibina dengan kehendak pelanggan iaitu Easy multitasking, rich notifications, skrin utama boleh ubahsuai, wijet yang boleh ubah saiz, dan interaktviti.

Perubahan minor:
1. Penambahbaikan pada penggunaan 'copy dan 'paste', data log, screenshot melalui butang volume+power

2. Papan kekunci dan kamus juga dikemaskini. Dengan sekali tap, spell checker mampu mengesyorkan perkataan yang sesuai sekiranya terdapat kesalahan ejaan, tertinggal abjad dan terlangkau perkataan.

OS ini akan mula digunapakai oleh Google Nexus seawal bulan November 2011. Perubahan-perubahan lain adalah seperti sistem bar, voice control, multitasking, face unlock, dan NFC.


Adakah peranti awal yang lain dapat merasai ICS ini? Kita tunggu dan lihat.