Friday, November 4, 2011 Tags: , , 0 comments

10 Aplikasi Utiliti Android Terbaik (2)




2. TeamViewer

TeamViewer merupakan utiliti percuma bagi mengawal PC anda melalui gajet android anda. Aplikasi ini menawarkan penggunanya untuk mengawal PC melalui internet data atau wifi. Sebagaimana fungsi remote desktop, anda tidak perlu menjadi ‘networking geek guy’ untuk mengguna utility ini. Anda cuma perlu memasang aplikasi dan software hos TeamViewer ke gajet dan PC anda masing-masing.

Kemudian, dengan merujuk ID dan kata laluan daripada Hos PC yang ingin dikawal ke dalam tetapan gajet, anda boleh memulakan kawalan anda pada bila-bila masa. Kemudahan papan kekunci, tetikus, copy, paste, shift disediakan bagi memudahkan pengguna terutama di pejabat yang mengamalkan konsep ‘printer-pool’.

Paparan Skrin yang saling terpapar pada gajet dan PC

Kelebihan
Percuma, ringkas dan mudah. Utiliti ini membenarkan skrin terpapar ke dua-dua skrin gajet dan PC anda berbanding fungsi yang ditawarkan ‘Remote Dekstop’ yang lain yang meletakkan PC dalam keadaan ‘Log Off’.

Kelemahan
Kata laluan ID yang bertukar-tukar, tapi boleh diatasi dengan meletakkan tetapan pada option Hos PC. Tiada fungsi sambungan melalui Bluetooth.

Wednesday, November 2, 2011 Tags: , , , 0 comments

10 Aplikasi Utiliti Android Terbaik



1. Dropbox



Dropbox membolehkan penggunanya untuk menyelaras (sync) fail antara multisistem, mengakses fail secara remote melalui pelayar web, dan berkongsi fail secara umum. Dropbox mengenengahkan simpanan fail atas talian (cloud) kepada penggunanya dan akaun permulaan adalah sebanyak 2GB. Simpanan ini boleh diakses dengan mudah melalui pemasangan program pada Windows, Mac OS, Linux, app bagi peranti iPhone, iPad, Blackberry.

Anda hanya perlu mendaftar satu akaun Dropbox melalui online atau software yang boleh dimuat turun di laman www.dropbox.com atau Market Apps Kemudian anda cuma perlu memuat naik fail yang anda ingin anda simpan dan ianya akan disimpan pada folder yang anda kehendaki dan ianya secara automatik akan mengsinkronasi pada PC atau gajet anda. Senang bukan?

Bagi android, cuma nama fail yang akan terpapar dan sekianya anda perlukan sesuatu fail, anda perlulah memuat turunnya terlebih dahulu. Berbeza dengan PC, ianya selalu bertetapan automatik sync.

Kelebihan

Pengguna boleh menghantar foto secara automatik ke akaun Dropbox online anda. Anda juga boleh memadam, menambah, mengubah fail dari mana jua aksesan anda.

Salah satu langkah untuk memuat naik fail

Kelemahan
Akaun percuma hanya terhad kepada 2GB storan sahaja. 

Anda semestinya memerlukan pakej data atau wifi untuk akses internet!

P/S: Sekiranya anda mahu membantu saya, silalah klik disini untuk sedeqah 500MB kepada saya. :-)

Thursday, October 27, 2011 Tags: , 0 comments

Android 4.0 ICS, apa yang anda perlu tahu.





Android 4.0 bernama Ice Cream Sandwiches secara rasminya telah dilancarkan pada 19 Oktober yang lalu. Ini telah merancakkan lagi pertembungan dan persaingan OS dikalangan pengeluar-pengeluar gergasi seperti Google, Apple, RIM, dan lain-lain.


Justeru, apa yang anda perlu tahu berkenaan mobil OS terbaru keluaran Google yang menggabungkan paparan terbaik telefon 2.x dengan paparan Tablet Android 3.x Honeycomb ini?



Ciri-ciri Android 4.0 Ice Cream Sandwich

Android ICS menawarkan penambahbaikan dan inovasi. OS ini dibina dengan kehendak pelanggan iaitu Easy multitasking, rich notifications, skrin utama boleh ubahsuai, wijet yang boleh ubah saiz, dan interaktviti.

Perubahan minor:
1. Penambahbaikan pada penggunaan 'copy dan 'paste', data log, screenshot melalui butang volume+power

2. Papan kekunci dan kamus juga dikemaskini. Dengan sekali tap, spell checker mampu mengesyorkan perkataan yang sesuai sekiranya terdapat kesalahan ejaan, tertinggal abjad dan terlangkau perkataan.

OS ini akan mula digunapakai oleh Google Nexus seawal bulan November 2011. Perubahan-perubahan lain adalah seperti sistem bar, voice control, multitasking, face unlock, dan NFC.


Adakah peranti awal yang lain dapat merasai ICS ini? Kita tunggu dan lihat.

Friday, July 15, 2011 Tags: , 0 comments

Aplikasi: Xtralogic RemoteDesktop


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda, penggunaan peranti android anda boleh dioptimumkan sebagai tetikus dan papan kunci untuk mengawal komputer peribadi anda. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan sebuah aplikasi yang bernama Xtralogic Remote Desktop Client for Android!

Paparan secara langsung menerusi wifi dengan menggunakan teknologi Microsoft Remote Desktop Protocol (RDP), anda boleh mengakses fail, email dan aplikasi anda di paparan skrin android di mana jua anda berada selagi mana anda mempunyai talian internet.

Berharga RM73.51 atau anda memilih tempoh percubaan 7 hari, ianya adalah suatu aplikasi yang menjadikan peranti anda mempunyai nilai tambah dalam aspek penggunaan. Tatkala sambungan berlaku, selalunya PC anda akan berada dalam keadaan "log off" berbanding aplikasi Teamviewer.

Selamat mencuba! OPAA!


Tuesday, May 10, 2011 Tags: , 0 comments

[APP] Kawal PC melalui Gajet Android!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Tuan-tuan dan Cik Puan pengguna android sekalian,

Baru-baru ini saya menemui satu aplikasi android yang sedikit sebanyak telah membantu saya dalam urusan pejabat yang agak sibuk kebelakangan ini. Ianya bermula gara-gara jarak 'shared printer' dan meja komputer(PC) saya yang agak jauh memaksa saya untuk berulang alik mengambil dokumen dan menekan butang 'ok' untuk mencetak.

"gara-gara jarak 'shared printer' dan meja komputer(PC) saya yang agak jauh!"

Aplikasi: Home Launcher, mana satu pilihan hati?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tuan-tuan dan Puan-Puan,


Pada kali ini saya ingin memaparkan beberapa 'themes launcher' yang menarik untuk anda gunakan selain daripada default launcher gajet android yang anda selalu gunakan. Busan bukan?Saya mencuba satu demi satu untuk melihat prestasi launcher dibawah dan ini adalah pengalaman saya.


1. SPB shell 3D RM45.24 9.1MB

Aplikasi: Google Contact

Salam Sejahtera dan Assalamualaikum wbt!


Pada hari ini, saya akan berkongsi tip mensynchronisekan Contact anda melalui Google Contact, ianya akan menjimatkan masa dan tenaga TANPA anda perlu untuk membuat salinan satu demi satu atau kaedah import-export contact list melalui simkad!

Friday, March 11, 2011 Tags: , 0 comments

Android - Pengenalan (Siri 1)


Android adalah sistem operasi untuk telefon bimbit yang berasaskan Linux. Android menyediakan platform terbuka bagi para pembangun mencipta aplikasi mereka sendiri untuk digunakan oleh pelbagai peranti bergerak.  

Video: Samsung Galaxy Tab – Evolusi Komputer Peribadi!

 


Monday, March 7, 2011 Tags: , 0 comments

[PHONE] Samsung Galaxy Ace

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah dan Terima kasih untuk para pengundi yang menjalankan tanggungjawab kalian di Kerdau dan Merlimau. Krew malaysiandroid sehingga kini masih belum berkesempatan untuk berlintas langsung dari tempat pengundian menggunakan teknologi android. hehe..<--Ambitious ni..

[APP] Wijet untuk Android anda?



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera pengguna-pengguna Android sekalian!!


Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Abduh atas kerjasama memberi sedikit "touch-up" kepada laman web ini. Moga kehadirannya dapat memberi sumbangan kepada dunia android walaupun belum memiliki gajet android buat masa kini. (Kalau ada yang nak bagi test android phone padanya, dia sangat mengalu-alukan niat anda!!)

Baik, pada hari ini saya akan berkongsi tip untuk menghias Home Skrin telefon anda menggunakan beberapa Minimalist Text wijet yang cantik seperti di bawah:

Friday, February 11, 2011 0 comments

Darky's ROM 9.2 Resurrection

Tidaklah banyak perbezaan 9.2 dengan versi 9.1 melainkan:


Wednesday, February 9, 2011 0 comments

LG Optimus One P500

Wah..

LG Optimus One P500
Android 2.2 Froyo
Harga 899 tru Celcom pakej..

MYVI 1.3 (M) CAR MAINTENANCE

Myviku "pinjam", ini kalau capture pakai DSLR ISO 12800 mesti cantik ni. =)



Myvi termasuk dalam android ke? Tak kisah la. Janji aku dapat share something sebab 1-60k km aku loyal customer servis kat P2C . Sekarang android Myvi aku ni dah nak masuk 70k mileage, maybe dah tiba masanya aku berdikari.



Second Car??

p.s: Bacalah doa semasa menaiki kenderaan..

Tuesday, February 1, 2011 Tags: , , , 0 comments

Darky's v9.1 Extreme Edition

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai flashing your SGS to Darky's ROM, anda boleh membacanya disini.








































Cara-caranya semudah (khas buat 1st time flasher):