Tuesday, May 10, 2011 Tags: , 0 comments

[APP] Kawal PC melalui Gajet Android!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Tuan-tuan dan Cik Puan pengguna android sekalian,

Baru-baru ini saya menemui satu aplikasi android yang sedikit sebanyak telah membantu saya dalam urusan pejabat yang agak sibuk kebelakangan ini. Ianya bermula gara-gara jarak 'shared printer' dan meja komputer(PC) saya yang agak jauh memaksa saya untuk berulang alik mengambil dokumen dan menekan butang 'ok' untuk mencetak.

"gara-gara jarak 'shared printer' dan meja komputer(PC) saya yang agak jauh!"


Kadangkala terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan mesin pencetak ditambah pula dengan kertas yang pelbagai letter head, sticker, sijil dll menambah lagi karenah mencetak. Jika setiap kali menggunakan komputer terdekat dengan mesin itu pula bukan sahaja akan mengganggu 'mood' pekerja yang berdekatan, malah, produktiviti masa pula dibazirkan.

Jadi, saya mengambil pendekataan untuk membuat sedikit carian di sesawang maya untuk mencari aplikasi yang boleh mengawal/ 'remote' komputer anda melalui wifi dan saya menemui aplikasi RemoteDroid! ya RemoteDroid! Sebuah aplikasi yang membolehkan anda mengawal PC anda melalui wifi/network. Bagi saya semata-mata untuk membantu saya menekan butang 'ok' pada waktu itu.

Aplikasi ini telah dibangunkan oleh Sdr. Joshua Sera, seorang pengaturcara komputer yang berpengalaman 10 tahun dari Seattle, US. Bagaimana? Anda cuma perlu memuat turun 1) Aplikasi RemoteDroid dari 'Market' dan 2) Server App yang perlu dipasang pada PC anda (menyokong Linux, Mac). Kemudian anda perlu memasukkan internet protocol (IP) seperti Rajah 1 ke aplikasi android anda. Selesai! Anda boleh mengawal PC anda dengan papan tetikus dan 'keyboard' yang disediakan dari gajet android anda!
Rajah 1


Aplikasi ini juga sesuai sebagai alat penukar slaid presentasi anda (cuma tiada penunjuk laser), menutup PC di kala malam yang sepi tanpa perlu bangun ataupun membuat sedikit kejutan kepada rakan anda seperti tetikus bergerak dan menaip sendiri (Hal ini memerlukan sedikit kreativiti dan kerja).

Namun begitu, aplikasi ini masih belum menyokong penggunaan bluetooth. Jika anda perlu, anda boleh mencuba aplikasi berbayar seperti Unified Remote Full, atau yang percuma seperti Remote for PowerPoint dan Bluetooth PC Remote!

Selamat mencuba! Terbaik!



No Response to "[APP] Kawal PC melalui Gajet Android!"

Post a Comment