Friday, March 11, 2011 Tags: , 0 comments

Android - Pengenalan (Siri 1)


Android adalah sistem operasi untuk telefon bimbit yang berasaskan Linux. Android menyediakan platform terbuka bagi para pembangun mencipta aplikasi mereka sendiri untuk digunakan oleh pelbagai peranti bergerak.  

Pada mulanya, Google Inc. membeli Android Inc., pendatang baru yang membuat perisian untuk telefon. Kemudian, untuk mengembangkan Android,  Open Handset Alliance dibentuk, konsortium dari 34 syarikat perkakasan, perisian, dan telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

 
Pada saat pelepasan perdana Android, 5 November 2007, Android bersama Open Handset Alliance menyatakan menyokong pembangunan standard terbuka pada peranti bimbit. Google melepaskan kod-kod Android di bawah lesen Apache, sebuah lesen perisian dan standard terbuka peranti bimbit.
 
Di dunia ini terdapat dua jenis pengedar sistem operasi Android. Pertama yang mendapat sokongan penuh daripada Google atau Google Mail Services (GMS) dan kedua adalah yang benar-benar bebas distribusinya tanpa sokongan langsung Google atau dikenali sebagai Open Handset Distribution (OHD)


Bersambung...

Sumber dan suntingan daripada: http://id.wikipedia.org/wiki/Android_(sistem_operasi)

No Response to "Android - Pengenalan (Siri 1)"

Post a Comment